suria

Kongsi video bersenam, netizen tak lepas pandang ‘tukul’ Chris Hemsworth - “Inilah senjata sebenar Thor”

Video yang dikongsi Chris mencuri tumpuan ramai.

NIAT pelakon Chris Hemsworth berkongsi rutin gaya hidup sihat disalah tafsir peminat apabila bentuk kemaluannya pula menjadi bualan ramai.

Dalam video yang dimuat naik itu, Chris, 40, menunjukkan beberapa langkah senaman di rumah dan turut menyifatkan ia sebagai satu kepuasan apabila dapat melakukan aktiviti sebegitu.

"Sesi ringkas yang sangat bagus. Berjaya habiskan dengan penuh tenaga," tulis pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas tentang penampilan seksi aktor ini selain kesan basah pada bahagian tengah seluarnya.

chris hemsworths 2

Chris mahu perlahankan kerjaya seni.

Malah ada yang memberi komen nakal tentang saiz zakar aktor tersebut yang jelas kelihatan besar di sebalik seluar warna hijau yang dipakai.

Ia juga dikaitkan tentang senjata tukul yang cukup sinonim dengan wataknya dalam filem Thor.

ARTIKEL BERKAITAN: Chris Hemsworth ambil keputusan perlahan karier lakonan selepas disahkan hidap Alzheimer

"Saya tonton berkali-kali, saya nampak 'tukul' Thor pada bahagian akhir. Bertuah isterinya.

"Kami dah nampak mana awak sembunyikan 'tukul' itu.

"Maafkan saya kerana mengidamkan lelaki lain selain suami sendiri," komen netizen.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Chris sebelum ini mengumumkan mahu mengurangkan jadual kerja selepas dia didapati berkemungkinan besar menghidap Alzheimer.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain