suria

Khloe Kardashian beri nama anak kedua Tatum, umum selepas usia 10 bulan

Khloe dedah nama anak kedua.

SELEBRITI media sosial, Khloe Kardashian akhirnya mendedahkan nama anaknya selepas merahsiakannya selama 10 bulan.

Mirror UK melaporkan Khloe mengikuti jejak langkah kakaknya iaitu Kylie Jenner yang merahsiakan nama bayi keduanya.

khloe1 - 1

Khloe bersama anak-anaknya, Tatum dan True.

Bagaimanapun, Khloe mengumumkan dia telah menamakan bayinya sebagai Tatum sewaktu episod pertama musim ketiga program realiti The Kardashians.

Nama yang diberikan personaliti itu membawa maksud ceria dan penuh semangat yang turut boleh digunakan untuk bayi lelaki dan perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkali-kali berlaku curang, Khloe Kardashian dan Tristan Thompson bakal timang cahaya mata kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba tayang selulit, peminat puji Khloe Kardashian muat naik foto berbikini tanpa suntingan

Malah ia juga memberikan makna kebahagiaan, positif dan semangat untuk hidup.

Sebelum ini, Khloe pernah memberitahu peminat bahawa dia mahu menamakan anaknya dimulakan dengan huruf T supaya sepadan dengan nama suaminya Triston Thompson dan anak pertamanya, True Thompson.

Menurut sumber, Khloe memberi penghormatan istimewa kepada mendiang bapanya, Robert Kardashian dengan memanggil anaknya sebagai Tatum Robert Kardashian.

Bercakap kepada The Sun, sumber turut memberitahu Khloe mengambil masa yang agak lama untuk memberikan nama tengah anaknya dan akhirnya dia memilih Tatum Robert yang diselaraskan dengan nama Tristan dan True.

Untuk rekod, Khloe melahirkan anak pertama pada 2018 dan menyambut kelahiran anak keduanya melalui kaedah ibu tumpang pada Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain