suria

G-Dragon hadiah kasut keluaran khas buat anak saudara kesayangan

G-Dragon menghadiahkan kasut eksklusif buat anak saudaranya.

PENYANYI G-Dragon menghadiahkan sepasang kasut yang ditempah khas untuk anak suadaranya yang berusia setahun.

Kasut berkenaan merupakan koleksi khas kolaborasi G-Dragon bersama Nike iaitu Kwodo 1 Panda dan ia dihasilkan secara eksklusif untuk anak buah kesayangannya itu.

Bayi bernama Eden itu adalah anak abang iparnya yang juga pelakon Kim Min Joon.

gdragonn - 1

Perkongsian yang dibuat oleh kakak G-Dragon di Instastory.

Kakak kepada G-Dragon turut berkongsi foto hadiah tersebut selain gambar dia meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau bahaya, Jessi sanggup panjat ‘bodyguard’ semata-mata nak peluk peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar tuntutan gaji, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan

"Satu-satunya sepasang kasut buat Eden yang dibuat oleh bapa saudaranya," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain