suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Preity Zinta bengang peminat cium mulut anak, minta hormati privasi selebriti

Preity Zinta kecewa privasi diganggu peminta.

PELAKON Bollywood Preity Zinta meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang wanita yang mengambil gambar dan mencium anaknya dalam diam.

Preity, 48, berkata wanita berkenaan melakukan perbuatan tersebut meskipun telah dihalang olehnya.

"Ada seorang wanita yang mengambil gambar anak saya, Gia. Walaupun dah meminta dia untuk pergi tapi dia tidak mengendahkan perkara itu.

"Dia juga terus memeluk dan mencium bibir Gia dengan erat, kemudian memuji Gia sebelum berlalu pergi," katanya.

315438595_821974865689195_7954094453061672361_n

Preity Zinta bersama dua orang anaknya.

Dalam pada itu Preity berharap orang disekelilingnya menghormati privasi dirinya terutama ketika meluangkan masa bersama dengan keluarga.

Tambah Preity, dia tidak mahu menegur wanita itu dengan cara yang kasar memandangkan statusnya sebagai seorang selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak berlakon, rupa-rupanya Preity Zinta kini petani, seronok usahakan kebun epal

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat sejati! Hrithik Roshan tolong jaga anak kembar Preity Zinta dalam ‘flight’

"Wanita itu tinggal di kawasan perumahan kami, saya dan anak perempuan saya sering bermain di taman.

"Kalau saya ini bukan selebriti, mungkin saya akan bertindak secara emosi tetapi saya cuba bertenang kerana tidak mahu ada masalah," ujarnya.

Untuk rekod, Preity Zinta berkahwin dengan Gene Goodenough yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia