suria

Nikita Willy rai pesakit kanser di hospital sempena ulang tahun pertama anak

Nikita meraikan ulang tahun kelahiran anak di Hospital Kanser.

PELAKON Nikita Willy dan suami Indra Priawan meraikan ulang tahun kelahiran pertama anak mereka, Issa Xander di Hospital Pesakit Kanser Dharmais, Jakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.

Tidak menganjurkan acara mewah bagi menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Nikita dilihat berkongsi foto dengan pesakit kanser yang sedang berjuang melawan penyakit mereka.

"Terima kasih kerana sudah menerima kedatangan kami untuk meraikan ulang tahun Issa bersama adik-adik hebat yang sedang berjuang untuk sembuh," katanya.

nikita1 - 1

Nikita meraikan kanak-kanak pesakit kanser.

Nikita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, aktress berkenaan juga turut memberi semangat buat pesakit kanser dan akan sentiasa mendoakan mereka sebagain tanda sokongan.

"Untuk adik-adik atau rakan-rakan yang sedang berjuang melawan penyakitnya, teruskan semangat kamu dan ingat kalian tidak sendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru berusia 6 bulan, anak Nikita Willy sudah diajar makan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Selain tunjuk kemewahan, ada sebab Nikita Willy pilih bersalin di Amerika

"Saya mewakili pengikut di media sosial akan selalu mendoakan dan menyokong kalian," ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pujian kepada pelakon drama Putri Yang Ditukar itu kerana memilih untuk meraikan bersama pesakit-pesakit kanser.

"Saya lebih hormat dengan cara meraikan seperti ini, menghulurkan wang bermanfaat buat orang lebih memerlukan.

"Kalau artis lain meraikan ulang tahun anaknya dengan acara besar-besaran, tapi Nikita memberikan kita contoh yang sangat baik.

nikita2 - 1

Kemuliaan hati Nikita dan suami mendapat pujian netizen.

"Cantiknya Nikita, sama cantik dengan hatinya. Masya Allah berbahagi rezeki dengan pesakit-pesakit di hari ulang tahun kelahiran Issa," tulis netizen.

Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga bersama Indra pada 16 Oktober 2021 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia setahun.

Nikita melahirkan Issa di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain