suria

Seminggu selepas umum konsert, Paul Cattermole (S Club 7) meninggal dunia

Paul meninggal dunia pada usia 46 tahun.

PENYANYI kumpulan S Club 7, Paul Cattermole dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun, seminggu selepas kumpulan pop British itu membuat pengumuman akan melakukan konsert jelajah reunion mereka.

Penyanyi itu sepatutnya kembali semula bersama kumpulan itu pada akhir tahun ini bagi menjayakan siri jelajah ulang tahun ke-25.

Memetik laporan The Star, Paul ditemui meninggal dunia pada petang Khamis di kediamannya di Dorset, United Kingdom (UK).

sc71 - 1

Paul kini meninggalkan S Club 7.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada agensi PA, berita kematian itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga Paul yang turut terkejut atas pemergiaan bintang tersebut.

"Dengan rasa sedih kami mengumumkan kematian anak lelaki dan abang tercinta kami, Paul Cattermole yang sungguh tidak dijangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Harry Potter' Paul Grant meninggal dunia, rebah di stesen kereta api

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang filem 'John Wick' Lance Reddick meninggal dunia

"Paul ditemui pada 6 April 2023 di rumahnya di Dorset dan disahkan meninggal dunia pada lewat petang Khamis," katanya.

Bagaimanapun, ahli keluarga memberitahu punca kematian masih tidak diketahui, namun pihak polis telah mengesahkan bahawa tiada keadaan yang mencurigakan berlaku.

Pihak keluarga, rakan-rakan dan ahli S Club 7 yang lain turut meminta privasi dan tidak mahu ditanya berkenaan hal kematian Paul buat masa ini.

Untuk rekod, S Club 7 ditubuhkan pada akhir 1990-an dan mempunyai empat buah single nombor satu di UK dan album paling laris.

sc72 - 1

S Club 7 pernah menghiburkan peminat ketika era akhir 90-an.

Selain Paul, S Club 7 turut dianggotai oleh enam lagi ahli lain iaitu Rachel Stevens, Jo O’Meara, Tina Barrett, Jon Lee dan Bradley McIntosh.

Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan berkenaan termasuk Never Had A Dream Come True, Bring It All Back, Don’t Stop Movin dan Ave You Ever.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain