suria

Shah Rukh Khan dan Salman Khan kembali digandingkan dalam filem selepas 28 tahun

Shah Rukh Khan dan Salman Khan bakal digandingkan.

PEMINAT bakal menyaksikan dua bintang ternama Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan bakal digandingkan dalam sebuah filem selepas 28 tahun.

The Star melaporkan kedua-dua pelakon itu bakal muncul dalam filem bertajuk Tiger Vs Pathaan yang diarahkan oleh Siddharth Anand.

Siddharth merupakan pengarah bagi filem yang diterajui oleh Shah Rukh sebelum ini, iaitu Pathaan yang menjadi filem Hindi kedua tertinggi sepanjang zaman selepas ditayangkan pada Januari lalu.

Menurut sumber, Siddharth sudah lama mengimpikan untuk mengarahkan gandingan Shah Rukh Khan dan Salman Khan sejak mereka berlakon dalam filem Karan Arjun.

srk - 1

Shah Rukh dan Salman merupakan ikon terkenal Bollywood.

Tambah pengarah itu lagi, dia akan memberikan yang terbaik bagi menjadikan Tiger Vs Pathaan sebagai filem terbesar yang pernah dihasilkan di India.

Mengulas lanjut tentang gandingan ikonik itu, Siddharth memuji chemistry dua bintang hebat berkenaan ketika di layar perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua peminat ditahan polis, cubaan ceroboh banglo mewah Shah Rukh Khan gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster tuntut Salman Khan mohon maaf kes pemburuan haram, tanggung akibat jika berdegil

"Mereka mempunyai begitu banyak chemistry antara satu sama lain. Mereka sentiasa memberi impak positif.

"Shah Rukh dan Salman tahu untuk memberi ruang antara satu sama lain ketika melakukan sesuatu adegan dalam filem. Paling utama, mereka tidak mementingkan diri sendiri," katanya.

Untuk rekod, Shah Rukh dan Salman bergandingan dalam filem fantasi Karan Arjun pada 1995, namun tidak pernah digandingkan lagi selepas itu.

Mereka hanya digandingkan ketika Salman membawa watak cameo dalam filem Kuch Kuch Hota Hai pada 1998 dan filem Pathaan awal tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain