suria

Peguam Johnny Depp, Camille Vasques kini jadi rebutan firma guaman Hollywood, dibida dengan harga tinggi

Johnny Depp menang kes saman fitnah Amber Heard.

SELEPAS memenangi kes saman fitnah Amber Heard, peguam Johnny Depp, Camille Vasquez menjadi perhatian firma guaman Hollywood.

Menurut sumber The Post, Camille kini di tengah perang bidaan antara firma guamannya yang mahukan dia dalam pasukan mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam perbicaraan kes pelakon tersebut.

Camille, 37, dilihat sebagai peguam yang tegas, menjadi bintang dalam perbicaraan fitnah, bertengkar dengan Amber semasa soal balas yang sengit dan kadang-kala kejam telah menjadi kesayangan dalam kalangan peminat Depp.

Sumber turut memberitahu pintu Hollywood sudah terbuka untuk Camille, hanya dia yang perlu memilih.

"Ejen-ejen bakat mengelilingi Camille kerana mereka menyedari bahawa dia adalah unicorn - seorang peguam yang bijak, cerdik, tenang yang prestasinya memberi kesan semasa perbicaraan mendorongnya ke tahap situasi yang jarang berlaku," ujar sumber. - New York Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain