suria

10 bulan masuk pusat pemulihan bukan musibah, Nia Ramadhani anggap satu hikmah besar

Nia kini mahu beri fokus kepada keluarga dan kerjaya.

TEMPOH rehabilitasi selama 10 bulan banyak mengajar pelakon Nia Ramadhani untuk lebih mengenali diri sendiri serta mengeratkan hubungannya dengan suami.

Tidak mahu lagi memikirkan apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebelum ini, Nia juga menganggap tempoh tersebut adalah satu hikmah besar dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada ketagihan dadah, Nia Ramadhani sedia kembali berlakon

“Saya tidak mahu fikirkan hal itu lagi, yang penting saya sudah mendapat pengajaran dan hikmah untuk pernikahan kami.

“Hubungan kami menjadi lebih baik dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Saya banyak belajar tentang diri sendiri sepanjang rehabilitasi. Apa yang saya mahu dan tidak. Begitu juga dengan kepentingan suami.

“Kejadian yang telah berlaku bukanlah satu musibah besar buat kami seperti yang orang lain perkatakan. Ia menjadikan kami lebih semangat untuk hidup bersama anak-anak,” ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Pada Julai tahun lalu Nia ditahan bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalah penyalahgunaan dadah dan dia dia dikehendaki menjalani proses rehabilitasi selama 10 bulan.

Pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini selesai menjalani proses tersebut pada 29 Mac lalu dan kini sedia menjalani aktiviti seni seperti biasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain