suria

Pelakon sinetron Riza Syah trauma dipukul individu tak dikenali

Riza trauma kejadian sama akan berulang

PELAKON sinetron Riza Syah akui trauma selepas diserang oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat badminton di Jakarta Selatan.

Menurutnya, serangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma pernah ditipu! Nikita Mirzani nak kahwin dengan lelaki betul-betul kaya sahaja

“Ada rasa sakit pada bahagian tangan dan perut. Dia menendang saya beberapa kali.

“Ketika itu saya tidak melawan dan hanya cuba mempertahankan diri sahaja.

“Semestinya saya trauma dan saya juga menerima ancaman selepas itu. Saya tidak mahu lagi ke sana,” ujarnya.

Riza sudah membuat laporan polis dan berharap kejadian ini tidak akan berulang serta pelaku tersebut mendapat hukuman setimpal.

“Saya mahu kejadian ini tidak berulang lagi.

“Individu seperti ini yang mudah menyalahkan orang lain wajar menerima hukuman setimpal oleh pihak berkuasa,” jelasnya. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Riza Syah, Riza Syah Trauma

Artikel Lain