suria

[VIDEO] Bapa arwah Vanessa Angel jelaskan sebab tak benar peti jenazah dibuka untuk tatapan adik buat kali terakhir

Jenazah Vanessa dikebumikan di TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

BAPA kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat mengakui tidak membenarkan peti jenazah aktres itu dibuka untuk tatapan adiknya buat kali terakhir pada Jumaat lalu.

Menurut Doddy, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendapat majoriti ahli keluarga lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Vanessa Angel mengaku main telefon, memandu laju... siap ‘update’ Instastory sebelum kemalangan

"Pihak keluarga dan saya khususnya memutuskan peti jenazah Vanessa Angel tidak dibuka," ujarnya seperti dipetik Kompas pada Rabu.

Keputusan itu dibuat secara muktamad malah tidak membenarkan adik Vanessa iaitu Mayang yang merayu melihat wajah kakaknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

bapa mentua Vanessa Angel

Bapa Allahyarham Vanessa, Doddy Sudrajat.

"Mayang minta peti jenazah dibuka untuk cium dan peluk buat kali terakhir sebelum disemadikan, saya tidak benarkan.

"Mayang sangat sedih dan rasa kehilangan... saya hanya minta dia kirimkan doa dan ikhlaskan pemergian kakaknya," ujar Doddy.

Mayang adik yang paling rapat dengan Allahyarham dan tidak dapat menahan kesedihan tersebut sehingga jatuh sakit.

"Mayang sangat sedih ditinggal kakaknya, setahun terakhir ini hubungan mereka sangat rapat," ujarnya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Vanessa Angel,

Artikel Lain