suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Hadid kongsi foto sedang menangis... dedah hidap anxiety sejak beberapa tahun lalu

Salah satu foto Bella sedang menangis yang dimuat naik di Instagram.

PERKONGSIAN foto yang memperlihatkan wajah model terkenal Bella Hadid menangis di Instagram menarik perhatian netizen.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Bella turut memuat naik kata-kata daripada rakan selebritinya Willow Smith berhubung dengan masalah kesihatan mental.

Bella turut memberi bayangan bahawa dia sendiri sedang berdepan dengan masalah 'anxiety' sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

"Saya sayang awak dan kata-kata awak. Ia membuatkan saya berasa tidak keseorangan dan sebab itu saya kongsikan ini.

"Ada sesuatu istimewa dan unik untuk ditunjukkan. Ini adalah diri saya setiap hari dan malam sepanjang beberapa tahun sehingga kini," tulisnya.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan berharap model terkenal itu agar kuat semangat serta diberikan kesembuhan cepat.

Dalam pada itu, kakak kepada model Gigi Hadid ini juga memberitahu dia juga akan sentiasa bersama orang yang mengalami masalah kesihatan sepertinya.

"Kepada sesiapa yang berdepan masalah ini, tolong ingat yang anda tidak keseorangan," kata Bella.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain