suria

Kim Jong Kook jalani 391 ujian doping, mahu buktikan tidak guna steroid untuk buat badan sasa

Kim Jong Kook ambil 391 ujian doping untukbuktikan tiada penggunaan steroid.

SELEPAS didakwa menggunakan barang terlarang seperti steroid untuk membina otot, penyanyi Kim Jong Kook mengambil keputusan untuk menjalani ujian doping bagi menolak dakwaan tersebut.

Menerusi perkongsian Kim Jong Kook di Youtube channel miliknya, dia akan mengambil 391 ujian doping berdasarkan WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) 2022.

Ujarnya dia sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi untuk membersihkan sebarang spekulasi mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli bina badan Kanada tak percaya Kim Jong Kook mampu bina otot sasa pada usia 45 tahun, tuduh guna steroid

"Saya akan mengambil 391 ujian doping berdasarkan WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) 2022, yang mempunyai setiap dadah haram dikemas kini sehingga yang terkini."

"Ia akan mengambil banyak masa dan wang tetapi saya percaya saya akan membuktikan saya tidak menggunakan sebarang hormon, tambahan pula, sebarang ubat.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang membantu saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk membuktikan apa-apa ubat, selain penggunaan hormon yang saya didakwa," katanya dalam saluran Youtube miliknya.

Pada 31 Oktober, ahli bina badan dan jurulatih kecergasan terkenal berasal dari Kanada Greg Doucette menyiarkan video dengan tajuk, "Kim Jung Kook || Natty or Not," di saluran YouTubenya dan menimbulkan syak wasangka bahawa Kim Jong Kook menyalahgunakan steroid untuk mendapatkan tubuh sasa. - Allkpop

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain