suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Dewi urus suami dengan baik, tak gentar rumah tangga diganggu perampas!

Ayu Dewi urus suami dan anak-anak dengan baik.

SEPANJANG pandemik Covid-19, pelakon Indonesia iaitu Ayu Dewi memberitahu dia sibuk menguruskan suami dan menjadikan hal rumah tangga itu sebagai hobi utama semasa di rumah.

Menurut laporan Wowkeren, Ayu berkata dia melakukan kerja-kerja itu kerana bimbang jika suaminya iaitu Regi Datau tidak diuruskan dengan baik menyebabkan ada pihak lain yang akan mengambil alih tugas berkenaan.

"Sekarang ini menguruskan suami sudah jadi hobi utama saya di rumah, takut orang lain pula yang buat... jadi itulah hobi utama saya selain uruskan anak-anak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya mengaku pernah kehabisan wang, cuma ada RM25 sahaja dalam ATM!

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan bimbang persahabatan putus jika dedah mengenai hubungan Luna Maya dengan jejaka Jepun

Sementara itu, aktres berusia 37 tahun ini berkata dia tidak takut dengan wanita perampas kerana percaya setiap apa yang berlaku sudah dirancang oleh tuhan.

"Saya cuma fikir macam ni, seganas-ganas perampas, kalau jalannya sudah ditentukan tuhan, mungkin (suami) dengan dia atau kita, ya tak perlu takut!

"Misalnya kita terpaksa melepaskan itu bererti dia memang bukan untuk kita.

"Yang penting berdoa supaya kita jadi isteri yang baik, selepas segala usaha menjaga anak-anak. Kalau tiada jodoh, tidak apa, pasti diberikan yang lebih baik,” ujarnya.

Ayu berkahwin dengan Regi pada 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain