suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam rupa-rupanya Leonardo DiCaprio peminat BTS, mengaku salah seorang Army!

Leonardo mengakui menggemari kumpulan BTS.

SIAPA sangka pelakon terkenal Hollywood, Leonardo DiCaprio merupakan salah seorang peminat kumpulan Kpop, BTS!

Perkara itu didedahkan oleh pelakon filem Parasite, Cho Yeo Jeong semasa pertemuannya dengan aktor itu di malam Anugerah Oscar 2020.

Menerusi temubual dalam program SNL Korea, Cho Yeo Jeong berkongsi pengalamannya semasa diundang menyertai anugerah berprestij itu.

Malah, dia turut teruja apabila diberi peluang duduk bersebelahan dengan Leonardo DiCaprio.

leonardo 1

Cho Yeo Jeong (kiri) dedah perbualannya dengan Leonardo semasa pertemuannya di Anugerah Oscar 2020.

Kata Cho Yeo Jeong, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada aktor itu antaranya mengenai kumpulan Kpop kegemaran.

"Awalnya dia mengucapkan tahniah atas kemenangan kami. Saya pun bertanya adakah dia mengenali BTS," cerita Cho Yeo Jeong.

Mengejutkan apabila Leonardo memberitahu dia bukan sahaja mengenali BTS, malah menggelar dirinya sebagai salah seorang Army.

Malah pelakon filem Titanic itu menggemari lagu Blood, Sweat, Tears.

SUMBER: Koreaboo

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain