suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aurel Hermansyah bengang blogger sebar berita palsu bapa meninggal dunia

Aurel berang melihat berita palsu mengatakan bapanya sudah tiada.

PENYANYI Aurel Hermansyah berang apabila terdapat sebuah artikel menyebarkan fitnah mengenai bapanya yang juga penyanyi Anang Hermansyah sudah meninggal dunia.

Isteri kepada YouTuber terkenal Atta Halilintar itu menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu melampaui batas.

Malah, anak sulung kepada penyanyi Kris Dayanti itu juga meminta pertolongan orang ramai untuk mencari individu yang bertanggungjawab menulis berita tersebut.

"Astagfirullah... orang sangat jahat buat berita seperti ini. Bapa saya sihat. Ini berita palsu, bantu DM siapa yang buat berita ini. Saya mahu cari," tulis Aurel dengan besertakan emoji sedih di Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, artikel tersebut menggunakan tajuk mengatakan bahawa Anang Hermansyah sudah pergi buat selama-lamanya dan berharap keluarganya diberikan kekuatan.

"Berita duka, Innalillah selamat jalan untuk selamanya, Anang Hermansyah. Semoga seluruh keluarga diberi ketabahan dan ikhlas," tulis tajuk berita tersebut.

Artikel tersebut juga menggunakan foto Anang yang sedang terlantar baring di katil hospital dengan dipasangkan mesin bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain