suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenal sejak zaman kanak-kanak, Kim Yoon Ji umum kahwin dengan jejaka pilihan September ini

Kim Yoon Ji kongsi berita gembira menerusi laman Instagram miliknya.

PENYANYI Kim Yoon Ji memaklumkan dia kini sedang melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada September depan.

Kim Yoon Ji menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira tersebut dengan mengatakan dia sudah bertemu dengan seseorang yang ingin bersama sepanjang hayatnya.

"Saya mahu kongsi dengan semua orang yang sayang dan sentiasa sokong saya. Semasa saya menulis ini, saya berasa sangat gementar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sudah bertemu dengan seseorang yang saya ingin habiskan seluruh saya dengannya. Dia seorang yang baik, memahami dan sentiasa memberikan kasih sayang tanpa henti.

"Saya merancang untuk luangkan masa dengan bersama dengannya sebagai isterinya. Saya bakal berkahwin pada September depan. Terima kasih kerana sokong dan menyayangi saya," tulisnya.

Kim berkata, dia mengenali jejaka itu ketika mereka masih kanak-kanak lagi dan menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Kim Yoon Ji turut memuat naik foto dia memegang tangan tunangnya yang memakai pelitup muka ketika mereka berada di pantai.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain