suria

Travis Barker akhirnya berjaya atasi fobia naik kapal terbang selepas 13 tahun terlibat tragedi

Travis pernah terlibat dalam nahas kapal terbang yang mengorbankan tiga orang rakannya.

SETELAH 13 tahun, penyanyi Travis Barker akhirnya sudah bersedia untuk mengatasi masalah fobia dan trauma untuk menaiki kapal terbang.

Travis yang pernah menjadi salah seorang yang terselamat dalam kejadian nahas kapal terbang pada 2008 berkata dia berkemungkinan akan terbang lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya mungkin akan terbang lagi," tulisnya dengan meletakkan emoji kapal terbang menerusi laman Twitter.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian dalam kalangan peminatnya yang turut memberi sokongan kepada penyanyi itu.

Menerusi temu bual bersama Men's Health pada bulan lalu, Travis mendedahkan kejadian tersebut turut membuka mata dan membantunya untuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Menurut Travis, dia mula berhenti mengambil barangan terlarang tersebut selepas terlibat dalam nahas yang telah mengorbankan tiga orang rakannya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain