suria

Kareena Kapoor beri komen jujur, mengaku tak suka Salman Khan - “Dia pelakon yang sangat teruk”

Kareena Kapoor jujur beri pendapat tentang Salman Khan.

BINTANG Bollywood popular Kareena Kapoor yang terkenal dengan memberi pendapat jujurnya mengkritik lakonan Salman Khan.

Dalam satu wawancara The Jab We Met Star, Kareena memberitahu dia tidak menyukai lakonan aktor megastar berkenaan.

“Saya sama sekali bukan peminat Salman, saya tidak menyukainya, dia pelakon yang sangat teruk. Saya katakan kepadanya dia selalu memalukan,” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Kareena memuji Datuk Shah Rukh Khan dengan menganggap aktor itu mampu membuatkan setiap gadis jatuh cinta.

“Saya sangat jatuh cinta padanya. Jangan tanya saya tentang dia kerana jika saya mula, saya tak akan berhenti bercakap tentang dia berjam-jam. Amitabh Bachchan dan Shah Rukh adalah dua pelakon yang saya kagumi.

“Ada sesuatu tentang Shah Rukh Khan yang luar biasa. Dia adalah lelaki yang membuatkan setiap gadis ingin kenalkan kepada orang tua, ” ujarnya seperti dipetik GEO TV.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain