suria

Jangan terkejut! Selebriti cantik dari Indonesia ini jarang mandi... mengaku kulit sensitif kena air

Tiga selebriti popular Indonesia (dari kiri) Cita Citata, Donita dan Nagita mengakui jarang mandi.

SERING kelihatan cantik di hadapan kamera dan sangat menitikberatkan penjagaan diri, namun hakikat sebenarnya tiga selebriti popular dari Indonesia ini mengakui tidak suka mandi.

Portal hiburan Liputan6 menyenaraikan tiga selebriti popular iaitu Nagita Slavina, Cita Citata dan Donita yang dikatakan tidak gemar menghabiskan masa dalam bilik air.

1. Nagita Slavina

Isteri kepada pelakon dan pengacara Raffi Ahmad ini mengakui malas mandi sejak dahulu lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Raffi semasa ditanya oleh pengacara Maharani Kemala dalam satu program hiburan.

Kata Raffi, sejak isterinya itu hamil, Nagita lebih jarang mandi dan selalu bangun lambat.

2. Cita Citata

Penyanyi dangdut Cita Citata memberitahu dia hanya akan mandi sekiranya disediakan air panas.

"Saya memang susah mandi... mesti pakai air panas, tunggu air panas dulu, sampai sekarang harus ada air panas yang disediakan pembantu," katanya kepada portal Brilio.

3. Donita

Pelakon cantik Donita mengakui jarang mandi sejak daripada sekolah menengah lagi. Ini kerana dia mengalami kulit sensitif yang membuatkan tubuhnya lebam selepas mandi.

Bagi menjaga kebersihan tubuh, Donita berkata dia rajin melakukan lulur menggunakan parutan buah segar seperti kiwi dan strawberi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau saya mandi kulit tiba-tiba jadi biru dan lebam... tak tahu kenapa. Sekarang kalau mahu mandi kena pakai air suam," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain