suria

Hanya kerana rapat dengan Ji Soo, Nam Joo Hyuk turut dibenci peminat

Nam Joo Hyuk dan Ji Soo bersahabat baik sejak lima tahun lalu.

HANYA kerana mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pelakon Ji Soo, aktor Nam Joo Hyuk turut menerima tempias kebencian daripada netizen Korea Selatan.

Ji Soo atau nama sebenarnya, Kim Ji-soo, 28, sebelum ini dikaitkan dengan kes buli ketika masih menuntut di sekolah menengah sehingga membuatkan namanya digugurkan daripada drama yang sedang dibintanginya, River Where The Moon Rises.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes buli, Ji Soo digugurkan daripada drama 'River Where The Moon Rises', Na In Woo 'Mr Queen' dikatakan bakal jadi pengganti

Kedua-dua aktor ini mempunyai hubungan yang sangat baik selepas digandingkan bersama dalam drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo yang diterbitkan SBS pada tahun 2016.

Malah disebabkan keakraban itu, mereka juga pernah diundang membintangi program realiti tv, Celebrity Bromance.

Namun begitu, tidak semua netizen dan peminat Kdrama membenci Joo Hyuk, 27, malah ada yang memberikan sokongan terhadap aktor Start Up itu agar tidak mempedulikan semua komen-komen negatif yang ditujukan terhadapnya.

"Nam Joo Hyuk kini sudah berjaya selepas menempuh kesukaran dalam hidupnya, jangan ganggu dia!

"Bukannya mereka berkawan ketika di alam persekolahan, Joo Hyuk baharu sahaja mengenali Jisoo ketika sama-sama terlibat dalam industri seni.

"Hal buli Jisoo tidak berkaitan dengan Joo Hyuk, jadi jangan libatkan dia," kata peminat Joo Hyuk. - Koreaboo

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!