suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber tidak akan sesekali cacah tatu di bahagian pergelangan tangan

Justin Bieber mengaku gemar mencacah tatu.

PENYANYI Justin Bieber mendedahkan ada satu bahagian badan yang dia tidak akan mencacah tatu seumur hidupnya.

Menurut suami kepada model Hailey Baldwin Bieber, 25, itu dia enggan mengukir tatu di bahagian pergelangan tangan kerana merasakan ia akan mencacatkan penampilan sekiranya dia ingin menggayakan persalinan sut.

"Saya dah berjanji dengan diri sendiri yang saya tidak akan mencacah tatu di bahagian pergelangan tangan.

"Kalau ada tatu di bahagian itu, saya rasa ia tidak cantik kalau saya pakai baju sut.

Setakat ini, Justin, 27, sudah mempunyai tatu di bahagian dada, perut, lengan dan kaki.

Sebelum ini, menerusi single terbaharunya berjudul Anyone, Justin terpaksa menutup tatunya dengan kesan solekan menerusi salah satu babak dalam muzik video tersebut yang menuntutnya untuk tampil tidak berbaju.

Album terbaharu Justin berjudul Justice kini sudah berada di pasaran sejak ia mula dilancarkan pada Jumaat lalu. - Justjared

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain