suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Payne sedih sukar jumpa anak sepanjang tempoh Covid-19

Liam Payne mempunyai seorang anak lelaki, Bear Payne.

PENYANYI Liam Payne baru-baru ini berkongsikan kesukaran untuk bertemu anak tunggalnya, Bear Payne sejak perintah berkurung (lockdown) kembali dilaksanakan di United Kingdom.

Menurut bekas ahli kumpulan One Direction itu, sebelum bertemu dengan Bear dia perlu melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

"Saya ada berjumpa Bear baru-baru ini dan kami gembira dapat habiskan masa bersama memandangkan sudah beberapa minggu saya tidak dapat bertemu dengan dia.

"Ia sangat sukar untuk berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19... setiap kali sebelum berjumpa dengan Bear saya harus lakukan ujian saringan terlebih dahulu dan kemudian perlu menunggu keputusannya pula.

"Jika disahkan negatif baharulah saya berani nak pergi berjumpa Bear," katanya.

Bear, 4, merupakan anak hasil hubungan Liam bersama bekas teman wanita, Cheryl Cole yang kini dijaga oleh wanita tersebut. - JustJared

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia