suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang tiga kontrak iklan gara-gara fitnah, Irwansyah menangis ketika sesi luahan dengan isteri

Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

PELAKON dan penyanyi Irwansyah meluahkan rasa syukur memiliki seorang isteri yang penyabar seperti Zaskia Sungkar ketika mereka berhadapan dengan fitnah.

Menurut Irwansyah, 35, tiga kontrak iklan yang diterima dia dan isterinya terpaksa dibatalkan berikutan fitnah yang dilemparkan kepadanya berkaitan bisnes.

"Saya tahu ini adalah ujian tetapi saya tertanya-tanya kenapa saat saya ingin melakukan benda baik, lagi ikhtiar punya anak, saya perlu berdepan situasi macam ini," katanya.

Bagaimanapun, Irwansyah yang berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube Daniel Mananta tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai fitnah tersebut.

Dalam pada itu, Zaskia Sungkar juga mendedahkan suaminya berasa sedih sehingga menangis ketika berkongsi perkara itu kepadanya.

Pasangan yang hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga itu bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Sumber - Kapanlagi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain