suria

Muat naik MV tidak berhijab, Melly Goeslow dikecam netizen - “Jika nak unfollow silakan!”

Melly Goeslow dikecam nitizen gara-gara memuat naik muzik video dirinya tidak berhijab.

PENYANYI terkenal Indonesia Melly Goeslow mencetuskan kontroversi apabila tampil tidak berhijab dalam muzik video berjudul Moga Bunda Disayang yang dimuat naik di instagramnya.

Menerusi video tersebut Melly kelihatan tidak berhijab dan komposer itu hanya memakai baju lengan panjang berwarna putih dalam babak dia sedang berbual dengan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mampu bertahan, Inul Daratista terpaksa tutup pusat karaoke di Jakarta, buang 1,500 pekerja

Tindakan Melly menaikkan video berkenaan mencetuskan kemarahan terhadap peminatnya yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

Sementara itu, isteri kepada Anto Hoed menjelaskan klip tersebut adalah video lama sebelum Melly berhijrah menutup aurat sepenuhnya.



Paparan skrin posting Melly di instagram.

"Video sudah tentu dibuat semasa saya belum berhijab, dan baru sekarang video berkenanaan disiarkan dan mendapat kritikan" tulisnya.

Bagaimanapun, Melly mengakui dia tidak terkesan apabila video itu mendapat kecaman nitizen.

"Lumrah manusia memang suka mengkritik, sedangkan Allah maha adil" tambahnya.

Melly juga tidak keberatan sekiranya ada netizen yang memilih untuk berhenti mengikut akaun intagram miliknya.

"Video ini saya post untuk pengajaran kita bersama, sekiranya ada yang tidak setuju dengan saya, bagi yang mahu unfollow silakan," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain