suria

Sofia Richie dirakam bercumbu dengan kekasih baharu

Sofia Richie lebih bahagia dengan kekasih baharunya yang juga seorang usahawan terkenal.

SETELAH hubungan cinta Sofia Richie dan Scott Disick berakhir pada Mei lalu, model terkenal itu dikatakan sudah menemui cinta baharu.

Sofia Richie, 22 yang selama ini merahsiakan identiti pasangannya ditemui sedang bercumbu di kawasan terbuka dengan usahawan bernama Matthew Morton.

Foto mesra pasangan itu sebuah restoran makan malam Beverly Hills sekaligus menjawab persoalan di antara hubungan dia bersama bekas kekasih.

Malah dikatakan model terkenal itu seperti sudah 'move on' dan sedang menikmati kehidupan baharu bersama teman lelakinya.



Foto aksi mesra Sofia dan Matthew Morton menjadi perhatian.

Sebelum ini, Scott mengakui dirinya tidak boleh hidup tanpa Sofia dan ingin menawan hati bekas kekasinya itu kembali.

Sofia Richie juga pernah memberitahu biarpun sudah jumpa penganti, namun dia tidak terburu-buru untuk mahukan yang lebih serious di antara mereka.

Dari sumber yang boleh dipercayai, Sofia Richie dikatakan sekarang selesa hidup bersendirian dan belum bersedia untuk mempunyai apa-apa ikatan.

Baginya, sekarang adalah waktu yang sesuai dia meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan lama.

Sumber - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain