suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Rukh Khan teruja terima ucapan hari jadi ke-55 di skrin Burj Khalifa - “Rasa gembira lihat diri sendiri di menara tertinggi di dunia!”

Shah Rukh Khan menyambut hari lahir di Dubai bersama keluarganya.

PELAKON terkenal Bollywood Datuk Shah Rukh Khan menerima ucapan istimewa bersama wajahnya terpapar di skrin menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa sempena ulang tahun ke-55 pada Isnin.

Shah Rukh Khan yang menyambut ulang tahun itu di Dubai bersama keluarga meluahkan rasa teruja dan berterima kasih kepada rakannya serta pihak Burj Khalifa yang membuat kejutan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah EXO terpampang di Burj Khalifa

"Rasa gembira melihat diri sendiri di skrin besar menara tertinggi di dunia dan sudah pasti anak-anak saya akan berasa kagum," katanya.

Shah Rukh Khan berkongsi kegembiraan di laman sosialnya.

Raja Bollywood itu turut menerima ucapan terima kasih daripada pelakon-pelakon dan peminat yang mendoakan dirinya agar dia terus menjadi idola dalam industri seni.

Pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu juga mengucapkan terima kasih menerusi muat naik video berdurasi seminit kepada semua peminatnya.

Dia mendoakan semua peminatnya agar terus berada dalam keadaan sihat dan aman damai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain