suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Styles ubah penampilan, peminat teruja gaya rambut lebih ‘macho’

Penampilan baharu Harry Styles terima pujian peminat.

PENAMPILAN penyanyi Harry Styles dengan gaya rambut baru untuk filem Don't Worry, Darling mengejutkan ramai peminat.

Umum mengetahui Haryy Styles mempunyai pengaruh yang kuat dari segi pengikut sejak bersama kumpulan One Direction lagi.

Menurut laporan Hollywood Life, peminat meluahkan rasa teruja apabila melihat perubahan selebriti kegemaran mereka.

Sehinggakan laman sosial dibanjiri dengan ucapan pujian daripada peminat.

"Penampilan Harry Styles dari rambut, seluar, kasut sangat sempurna. Saya tak boleh melihatnya," komen peminat.

Peminat fanatik melihat kesempurnaan Harry Styles sesuatu yang luar biasa meskipun berambut panjang atau pendek.

Terbaharu, video muzik Golden Harry Styles mendapat sambutan hebat di YouTube apabila menerima lebih 34 juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain