suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jarak usia 31 tahun tak halang cinta Sean Penn dan Leila George

Sean melangsungkan perkahwinan dengan Leila pada baru-baru ini.

DALAM diam rupa-rupanya pelakon Sean Penn dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitannya yang dikenali sebagai Leila George baru-baru ini.

Menerusi laporan Hollywoodlife, berita gembira itu disahkan oleh rakan baik pasangan tersebut iaitu Irena Medavoy di laman Instagram pada Jumaat lalu.

"Kami sangat gembira untuk @leilageorge #seanpenn berkahwin. Kami sayang anda berdua. Terima kasih kerana menjadi seperti ahli keluarga kami.

"Anda berdua memang ditakdirkan bersama," kata Irena yang juga isteri kepada penerbit filem Black Swan iaitu Mike Medavoy.

Sean menjalinkan hubungan dengan Leila yang mempunyai jarak usia 31 tahun daripadanya sejak tahun 2016.

Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Sean yang pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Madonna pada 1985 dan bercerai 1989 serta Robin Wright pada 1996 sehingga 2010.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain