suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jordana Brewter dan Andrew Form berpisah selepas 13 tahun berkahwin

Walaupun sudah berpisah namun Jordana dan Andrew mahu menjaga anak mereka bersama-sama.

PELAKON Jordana Brewster dan Andrew Form dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dan merancang untuk sama-sama menjaga dua orang anak mereka, Julian, 6 dan Rowan, 3.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jordana Brewter, 40, dan suaminya Andrew Form, 48, membuat keputusan itu secara rahsia pada awal tahun ini selepas 13 tahun berkahwin.

Menurut sumber terdekat, pelakon filem Fast And The Furious dan penerbit filem itu tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa bersama-sama.

"Mereka masih saling menghormati satu sama lain dan mahu memberi keutamaan dalam penjagaan dua orang anak mereka," kata sumber.

Jordana dan Andrew pertama kali membaca ikrar perkahwinan mereka pada Mei 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Pulau Nevis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jordana Brewster, Andrew Form,

Artikel Lain