suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Hee Ae jauhkan diri daripada Han So-hee dan Park Hae Joon demi emosi drama 'The World Of The Married'

Kim Hee Ae meluahkan rasa kagum melihat kemampuan So-hee dalam berlakon.

PELAKON Kim Hee Ae mengakui dia sengaja menjauhkan diri daripada pelakon gandingannya Park Hae Joon dan Han So-hee demi menjiwai watak sebagai Ji Sun-woo dalam drama bersiri The World Of The Married.

Menurut laporan Soompi, biarpun ada keinginan untuk merapatkan diri dengan So Hee yang dianggap seorang pelakon yang cantik dan sopan namun dia perlu utamakan emosi dalam lakonannya.

"Saya sengaja menjauhkan diri daripada Park Hae Joon dan Han So-hee kerana saya tidak mahu hilang emosi dalam watak yang saya bawakan.

"Saya teringin nak rapat dengan So-hee sebab meminati dia yang sangat sopan dan cantik tetapi saya perlu menjaga jarak supaya saya dapat menjiwai emosi watak saya dengan betul," katanya.

Dalam pada itu Kim Hee Ae meluahkan rasa kagum dan bangga dengan Han So-hee kerana berjaya menunjukkan kemampuannya dalam lakonan.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia