suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift habiskan masa dengan tonton filem lama sepanjang tempoh kuarantin

Taylor Swift habiskan masa dengan menonton filem-filem lama.

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan dan kuarantin memberi peluang kepada penyanyi Taylor Swift untuk menonton filem-filem lama kegemarannya seperti Rear Window.

Penyanyi lagu Look What You Made Me Do mendedahkan dia juga banyak meluangkan masa dengan memasak di waktu malam sambil mendengar muzik lama.

"Ramai orang yang menonton TV pada masa kuarantin ini. Jadi, saya juga ambil kesempatan dengan menonton filem-filem lama yang belum pernah saya tonton seperti Rear Window.

"Saya juga suka menghabiskan masa di malam hari dengan memasak sambil minum segelas wain dan mendengar muzik lama," katanya.

Dalam pada itu, Taylor memberitahu dia tetap berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga menerusi telefon biarpun mereka terpisah.

Sumber - Dailymail

Taylor Swift,

Artikel Lain