suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani kongsi rahsia 10 tahun kekal bahagia bersama suami

Nia Ramadhani berkongsi mengenai cabaran berumah tangga.

PELAKON Nia Ramadhani mendedahkan cabaran yang dihadapi sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangganya dengan usahawan Ardie Bakrie.

Dipetik laporan Liputan6, Nia berkata, dia dan suami selalu bertolak ansur dan menerima seadanya kelehaman pasangan untuk kekal harmoni.

"Pada pendapat saya dalam perkahwinan itu yang susah adalah penyesuaian, kerana setiap manusia dapat berubah secara tiba-tiba. Anda tidak boleh mengharapkan orang yang sama seperti ketika anda masih bercinta kerana seseorang itu berubah dan kita mesti bersedia.

"Contohnya anda tidak suka pasangan anda seorang pemain futsal, anda mesti menerima seadanya, tak bolehlah tiba-tiba minta cerai. Apa yang penting perlu banyak bertolak ansur.



Nia bersama suaminya.

Dalam pada itu, Nia berasa bangga kerana berjaya mempertahankan rumah tangga selama 10 tahun walaupun berkahwin pada usia muda.

"Saya merasa sangat bangga kerana sudah 10 tahun berkahwin sebab saya berkahwin di usia muda iaitu 19 tahun," ujarnya.

Nia Ramadhani berkahwin dengan Ardie Bakrie pada 2010 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie.

Nia Ramadhani, Ardie Bakrie

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia