suria

Peminat batalkan pembelian tiket konsert Ayu Ting Ting gara-gara aksi mesra dengan pengacara Ivan Gunawan

Ayu Ting Ting diminta komen aksi mesra bersama Ivan Gunawan.

GARA-GARA bermesra dengan pengacara dan pereka fesyen, Ivan Gunawan menerusi sebuah program televisyen Indonesia 'Brownies', pada Selasa, Ayu Ting Ting dikecam serta 'dipulau' netizen.

Hubungan mesra Ayu bersama penyanyi lelaki itu, mengundang rasa kurang senang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima puluhan ribu kecaman sehari, Kang Daniel fail tuntutan keluarkan program 'Produce 101, Season 2' dari laman forum

Malah ada antara mereka merasakan perbuatan Ayu itu seolah-olah tidak sopan.

Reaksi santai yang ditunjukkan oleh Ayu Ting Ting.

Hal tersebut diluahkan oleh salah seorang netizen iaitu pemilik akaun Instagram milik @Yunigibran95 menerusi ruangan komen.

Tidak hanya itu, ternyata respons negatif daripada netizen turut mempengaruhi konsert solo Ayu serta perlancaran single yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2020 di Tennis Indoor Senayan, Jakarta, Indonesia.

Ini kerana, beberapa peminatnya mengambil keputusan untuk membatalkan tiket ke konsert pelancaran single terbaharu gara-gara kelakuan mesranya bersama Ivan Gunawan.

Dalam pada itu, ketika ditemui media, penyanyi dangdut berusia 27 tahun itu ketihatan tenang di Rantau Tendean, Jakarta Selatan pada Rabu lalu.

Sedikit emosi selepas diminta memberikan komen berhubung perkara itu.

"Ahh, saya tidak pernah memaksa, biarkan sahaja. Tidak... yang penting saya akan membuat yang terbaik. OK? Doakan supaya saya sihat," katanya.

Walaupun pada mulanya memberi reaksi bersahaja namun selepas ditanya beberapa soalan Ayu kelihatan sedikit emosi.

"Sudah, tidak akan (sesiapa yang batalkan lagi). Kamu semua jangan selalu buat cerita yang bukan-bukan," ujarnya yang sedikit emosi.

Selepas memberi respons tersebut, Ayu kemudiannya mengetuk cermin tingkap dan meminta pemandu peribadinya membukakan pintu.

Hanya tersenyum Ayu Ting Ting cuba menyembunyikan emosinya dan pergi. KapanLagi

Ayu Ting Ting

Artikel Lain