suria

Kecoh foto 'anaconda' Jason Derulo dipadam Instagram, tolak tawaran kerja porno bernilai RM2 juta

Jason Derulo nafikan foto kontroversi itu adalah hasil suntingan.

PENYANYI terkenal Jason Derulo menjadi bualan hangat netizen apabila dia memuat naik foto hanya memakai seluar dalam sehingga menampakkan bentuk alat sulitnya ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Foto tersebut bagaimanapun, dipadam oleh Instagram kerana dianggap tidak sesuai untuk tonton umum selain mengandungi unsur pornografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Curi perhatian peminat, Chanyeol tampil serba 'pink' dalam MV 'Obsession'!

Jason berasa kurang senang dan mempersoalkan tindakan Instagram menghapuskan foto tersebut.

Dia kemudian memuat naik semula foto yang sama dengan menutup bahagian lucah itu dengan gambar makanan 'hotdog'.

Dalam pada itu, beberapa selepas kontroversi itu, Jason mendedahkan dia ditawar kontrak melakukan kerja lucah dengan bayaran hampir RM2 juta.

Jason memuat naik satu posting di Instagram.

Malangnya tawaran itu ditolak oleh Jason dan menjelaskan gajinya sebagai penyanyi jauh lebih besar daripada bayaran yang ditawarkan itu.

Rata-rata netizen mengkritik foto tersebut yang menampakkan bahagian alat sulit atau 'anaconda' penyanyi itu.

"Aku sedang ada di Bali. Sejujurnya aku fikir foto itu akan menjadi foto paling disukai saat aku bangun pagi," katanya.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini lagi, foto tersebut menjadi bualan sehinggakan ada di antara membuat membuat andaian bahawa foto itu disunting menggunakan Photoshop.

Namun Jason menafikan dan berkata foto itu adalah asli tanpa sebarang penyuntingan.

"Photoshop? Photoshop? Jangan sampai aku tunjukkan. Untuk pengetahuan kamu, kami Haiti (keturunan) memang sangat berbeza," ujarnya.

Jason Derulo

Artikel Lain