suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak habis fikir! Raline Shah terkejut harga karya pisang cecah RM500,000

Raline turut teruja melihat karya pisang.

PELAKON popular Indonesia Raline Shah yang kini berada di Miami, Florida, Amerika Syarikat sempat mengunjungi pameran seni Miami's Art Basel.

Menerusi satu posting di Instgram story, Raline tertarik dengan karya seni pisang 'The Comedian' yang dijual dengan harga mencecah RM500,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis persembahan selamba makan pisang lebih setengah juta di galeri Miami

Karya itu menjadi tular dan menarik perhatian pencinta seni antarabangsa sehingga keluaran ketiga dijual dengan harga USD150,000 (RM624,000).

"Kan... tak habis fikir #aerbaselmiami" tulisnya.

Menerusi video yang dimuat naik itu juga kelihatan ramai pengunjung yang datang hanya untuk melihat dan mengambil gambar karya pisang berkenaan.

"Pisang lagi hype" ujar Raline.

Karya pisang The Comedian itu dihasilkan oleh pelukis Itali Maurizio Cattelan dengan mesej berkaitan sitkom televisyen Amerika Syarikat, Arrested Development di saluran Fox dari 2003 hingga 2006 sebelum disiarkan di Netflix pada 2013.

SUMBER: DETIK.HOT


Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia