suria

Hasrat Cakra Khan mahu keluar makan dengan Syahrini tidak kesampaian - “Dia tak mahu jumpa saya...”

Sejak Syahrini berkahwin, Cakra Khan mengakui mereka jarang bertemu. -Foto Liputan6

MESKIPUN Syahrini sudah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, penyanyi Cakra Khan memberitahu dia masih berhubung dengan sahabat baiknya itu.

Bagaimanapun Cakra berkata mereka sudah jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan peribadi.

Menurut laporan Liputan6, penyanyi lagu Harus Terpisah ini mengakui Syahrini menolak pelawaannya untuk bertemu kerana tidak sihat baru-baru ini.

"Saya dah jarang jumpa Syahrini, sebelum ke Belanda kita ada perancangan nak jumpa makan-makan tapi kerana saya selesema dia bergurau tak mahu bertemu.

"Sebenarnya kami susah nak berjumpa kerana kita sama-sama sibuk... jadi kalau bertemu pun boleh bilang dengan jari," katanya.

Sebelum ini kedua-dua penyanyi itu diketahui mempunyai hubungan rapat sebagai teman sehinggalah Syahrini berkahwin dengan Reino Barack pada Februari lalu.

Sementara itu, Cakra berkata dia memahami kehidupan baharu sahabat baiknya itu yang kini sudah bergelar isteri orang.

"Dia sekarang isteri orang dan saya juga ada kesibukan kerja sendiri... begitulah!

"Tapi sesekali ada masa melepak kita tetap berjumpa, kadang-kadang dia ajak makan atau saya yang ajak," ujarnya.

Cakra Khan, Syahrini

Artikel Lain