suria

BTS tak layak tercalon Anugerah Grammy? Peminat luah rasa kecewa

BTS tak terima satu pencalonan untuk Anugerah Grammy.

PEMINAT kumpulan Kpop terkenal, BTS kecewa apabila mengetahui penyanyi Korea kegemaran mereka itu tidak menerima sebarang pencalonan dalam Anugerah Grammy.

Memetik laporan CNN, penyanyi Hollywood terkenal, Halsey turut menyatakan bahawa dia tidak terkejut apabila BTS tidak tersenarai dalam Anugerah Grammy kerana berpendapat bahawa Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang. 

"Padam dan abaikan semua perkara negatif. BTS layak dapat pencalonan. 

"Bagaimanapun saya tak terkejut apabila mereka tak diiktiraf. Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang," tulisnya di Twitter

BTS dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook. 

Rata-rata rakan selebriti dan peminat BTS luah rasa kesal apabila kumpulan itu tidak tercalon dalam Anugerah Grammy.

Untuk rekod, kumpulan tersebut memecah rekod Beatles pada 2019 apabila tiga albumnya berjaya menduduki tangga pertama Billboard selama satu tahun. 

Sementara itu rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat kepada BTS.

"BTS tak perlukan pengiktirafan Barat. Tak apa, teruskan berfikiran positif dan sentiasa beri sokongan kepada mereka, itu yang paling penting. 

"Kami tahu mereka lebih bermakna daripada segala anugerah yang disenaraikan," tulis netizen. - CNN

BTS, Halsey

Artikel Lain