Kim Kardashian nafi pakai cincin berlian yang didakwa hilang 3 tahun lalu - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian nafi pakai cincin berlian yang didakwa hilang 3 tahun lalu

Kim dilihat memakai cincin berlian yang didakwanya hilang tiga tahun lalu.

BINTANG sensasi Kim Kardashian yang menjalani sesi penggambaran bagi sebuah produk wangian baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia kelihatan memakai cincin berlian bernilai RM42 juta pemberian tunangnya, Kanye West yang didakwa hilang akibat dirompak tiga tahun lalu.

Kim menerusi sebuah wawancara bersama Entertainment Tonight, bagaimanapun menafikan bahawa cincin berlian yang dipakainya sewaktu sesi penggambaran itu adalah miliknya.

Kata Kim, cincin itu sebaliknya replika cincin berlian miliknya yang dipinjam daripada kenalan rapatnya yang merupakan seorang pemilik barangan kemas terkenal di Amerika.

"Cincin itu bukan milik saya. Saya hanya pinjam dari pemilik barang kemas, Lorraine Schwartz dan akan memulangkan kembali padanya. Ia hanya replika cincin saya sebelum ini.

"Saya seronok menjalani penggambaran itu dan berpeluang memakai cincin berlian berkenaan. Ia adalah masa terbaik untuk saya kembali memakai dan menggayakannya dalam iklan tersebut.

Cincin berlian pemberian Kanye West hilang dalam sebuah rompakan di Paris, tiga tahun lalu.

"Lorraine sentiasa tahu mengenai cita rasa dan potongan berlian kegemaran saya. Jadi bila saya teringin untuk menggayakannya, saya akan pinjam saja dari dia," katanya.

Kanye sebelum ini pernah menghadiahkan dua bentuk cincin berlian kepada Kim sebagai tanda pertunangan pada tahun 2013.

Kim kemudiannya menerima sebentuk lagi cincin berlian pemberian Kanye pada tahun 2016.

Bagaimanapun, cincin bertahtakan berlian itu dikatakan hilang dalam sebuah kejadian rompakan di Paris kira-kira tiga tahun lalu.

Kim Kardashian , cincin berlian

Artikel Sebelum

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain