suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai baju sedondon... Netizen syak Kendall Jenner, Fai Khandra bahagia bercinta!

Pasangan ini dikatakan sedang bahagia bercinta kerana memakai baju sedondon. Foto: Page Six

BINTANG sensasi Kendall Jenner merupakan salah seorang anggota keluarga Kardashian yang tidak terlalu terbuka berkongsi kisah cinta.

Menurut laporan Page Six, Kendall kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan model bernama Fai Khadra.

Ia berikutan tersebarnya beberapa foto memperlihatkan pasangan ini menghabiskan masa bersama ketika menghadiri Wimbledon 2019 yang berlangsung di All England Lawn Tennis and Croquet Club, London pada Ahad lalu.

Kehadiran pasangan ini adalah bagi memberikan sokongan kepada dua jaguh tenis dunia iaitu Roger Federer dan Novak Djokovic.

Bagaimanapun, netizen lebih tertumpu kepada dua pasangan ini yang hadir mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan putih.

Meskipun tiada sebarang kelakuan atau aksi mesra ditunjukkan, namun peminat seakan dapat menghidu pasangan ini sedang bahagia dilamun cinta.

Tambahan pula, Kendall kerap memuat naik foto bersama Fai di laman Instagram membuktikan mereka kerap bertemu dan meluang waktu bersama.

SUMBER: Page Six

Kendall Jenner, Fai Khadra

Artikel Lain