suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kangin umum keluar Super Junior selepas 14 tahun bersama

Kangin secara rasmi bukan lagi anggota Super Junior.

SELEPAS 14 tahun menjadi anggota Super Junior, akhirnya Kangin mengumumkan dia kini secara rasmi tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

Kangin menerusi laman Instagramnya memberitahu dia terpaksa membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu lagi membebankan ahli kumpulan lain dengan masalah yang dihadapinya.

"Hati saya sangat berat untuk menyampaikan berita ini tapi saya muat naik status ini selepas pertimbangkan. Saya sekarang melepaskan nama 'Super Junior' yang sudah lama saya bawa.

Kangin tidak mahu membebankan ahli Super Junior yang lain dengan masalahnya.

"Saya sentiasa berasa serba salah terhadap ahli kumpulan yang lain. Saya selalu fikir, saya perlu buat keputusan cepat sebelum terlewat tapi memikirkan sokongan semua orang membuatkan saya tidak sampai hati.

"Tapi bila saya melihat ahli lain terpaksa berhadapan dengan masalah saya menyebabkan saya tidak boleh tangguh lagi keputusan ini," kata Kangin yang menjadi anggota Super Junior sejak 2005.

Sumber - Soompi

Kangin, Super Junior

Artikel Lain