suria

Heidi Klum berkahwin dengan Tom Kaulitz, 17 tahun lebih muda

Heidi Klum berkahwin dengan Tom Kaulitz. FOTO PEOPLE.COM

SUPERMODEL Heidi Klum dilaporkan selamat berkahwin dengan anggota kumpulan rock Tokio Hotel Tom Kaulitz.

Model berusia 46 tahun ini mula bercinta dengan pemuzik berusia 29 tahun itu sejak Mei 2018.

Pasangan ini bertunang pada sambutan perayaan Krismas tahun lalu.

Heidi dan Tom berkahwin pada Februari lalu, namun ia dibuat secara rasmi baru-baru ini.

Gagal dalam dua perkahwinan lalu tidak membuatkan wanita itu serik untuk bercinta kembali.

"Aku sudah berkahwin dua kali, tapi aku masih percaya pada cinta dan perkahwinan" ujar Heidi dalam satu temu bual.

SUMBER: PEOPLE.COM

Heidi Klum

Artikel Lain