suria

Bengkak pada pita suara, Raffi Ahmad rancang dapatkan rawatan luar negara

Raffi Ahmad merancang untuk dapatkan rawatan masalah pita suaranya.

PELAKON Raffi Ahmad yang mengalami masalah kesihatan membabitkan pita suaranya merancang untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Menurut laporan Liputan6, Raffi memberitahu dia sedang mencari waktu dan lokasi yang sesuai bagi merawat masalah kesihatannya itu.

"Asalnya mahu lakukan pemeriksaan di Indonesia saja... tapi mungkin nanti saya nak ke luar negara juga untuk buat perbandingan, tapi belum tahu bila!

"Penyakit pita suara ini semakin menganggu aktiviti harian dan ikutkan perancangan mahu cuba buat pemeriksaan di negara lain pula. Apa-apa khabar nanti kami beritahu," katanya.

Sementara itu, isterinya iaitu Nagita Slavina berkata dia turut berasa bimbang dengan keadaan kesihatan Raffi.

Justeru itu, dia mula menjaga soal pemakanan bagi memastikan bengkak pada kawasan pita suara itu tidak menjadi lebih parah.

Pengacara program Dahsyat ini telah menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu dan keadaan semakin teruk kebelakangan ini sehingga membuatkan suaranya menjadi serak dan sukar bercakap.

SUMBER: Liputan6

Raffi Ahmad

Artikel Lain