suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pakaian tu tutup sikit, kita bukan orang barat!” - Baju terdedah Nia Ramadhani jadi perhatian netizen

Apa sahaja yang dilakukan Nia kerap mendapat perhatian netizen. Foto Instagram @ramadhaniabakrie

PELAKON Nia Ramadhani sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila baju yang dipakai semasa bercuti bersama keluarga di Amerika Syarikat menarik perhatian pengikut di Instagram.

Menurut laporan Liputan6, rata-rata netizen berpendapat pakaian yang digayakan oleh Nia terlalu terdedah dan seksi.

Salah satu foto memperlihatkan Nia mengenakan pakaian atas yang terbuka bersama skirt pendek berwarna putih dilengkapi aksesori kaca mata dan topi.

Nia dilihat pose berdiri sambil memegang bahu suaminya yang sedang duduk memuat naik foto tersebut tanpa menulis sebarang kapsyen atau keterangan.

Namun, menariknya ialah gambar tersebut dihujani dengan komen netizen yang berpendapat ia terlalu seksi untuk digayakan oleh seorang wanita Asia.

Foto ini dihujani komen netizen yang mengecam pakaian digayakan Nia.

"Itu baju memang macam tu ya?.

"Pakaiannya tutup sikit, kita bukannya orang barat.

"Okaylah di sana kan panas! Tapi seeloknya pakaian jangan begitu. Pakailah pakaian yang menutup dan tidak terlalu terbuka," komen netizen.

Difahamkan Nia dan suami, Anindra Ardiansyah Bakrie bersama keluarga mentua bercuti di beberapa lokasi menarik di Amerika Syarikat antaranya Pantai Malibu.

SUMBER: Liputan6

Nia Ramadhani

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia