suria

Bintang 'Dangal' Zaira Wasim umum tinggalkan Bollywood, kerjaya lakonan ganggu kehidupan sebagai umat Islam

Zaira akui iman terjejas kerana kerjaya lakonannya di Bollywood.

BINTANG filem remaja Bollywood, Zaira Wasim, membuat pengumuman untuk meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjaya tersebut menganggu kehidupannya sebagai umat Islam.

Bintang terkenal dengan filem Dangal itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di pawagam India.

"Perjalanan ini meletihkan apabila saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Hidup terlalu pendek namun terlalu lama untuk memerangi jiwa ini.

"Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembubaran saya dalam bidang ini," ujar Zaira di status laman sosialnya pada Ahad.

Status Zaira pada Ahad memutuskan peninggalkan dunia Bollywood.

Filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016.

Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem yang menampilkan pelakon Aamir Khan.

Zaira berkata, walaupun meraih populariti menerusi filem berkenaan, dia tidak gembira dengan apa yang dilaluinya.

"Bidang ini membawa banyak cinta, sokongan kepada saya, tapi apa yang berlaku sebenarnya membawa saya ke arah kejahilan.

"Saya tidak sedar secara diam-diam iman saya terjejas. Saya bekerja di persekitaran yang secara konsisten menganggu iman saya. Hubungan saya dengan agama terancam," ujarnya.

Sementara itu, ulama Islam terkenal dari Zimbabwe Mufti Ismail Menk, dan bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah menyokong keputusan Zaira untuk meninggalkan kerjaya lakonannya.

SUMBER: News18


Zaira Wasim, Dangal, Bollywood

Artikel Lain