suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Taylor Swift sangat melampau! Justin Bieber tampil pertahan bekas pengurus

Justin Bieber menyifatkan tindakan Taylor Swift melampaui batas.

BELUM reda kontroversi yang melanda Taylor Swift dan pemilik label muzik Ithaca Holdings, Scooter Braun, penyanyi, Justin Bieber tampil mempertahankan bekas pengurusnya itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Bieber menempelak tindakan Swift yang mengeluarkan kenyataan jelik melibatkan Braun menerusi laman Tumblr sebelum ini.

Menurut Bieber, Swift tidak seharusnya bertindak memalukan Braun dengan mengeluarkan kenyataan demikian memandangkan Braun adalah individu yang sering berada di belakangnya selama ini.

Malah, Bieber menyifatkan tindakan Swift itu sebagai buli siber yang melampaui batas terhadap Braun.

Hubungan Swift dan Braun dikhabarkan tidak begitu baik apabila usahawan terkenal yang juga merupakan bekas pengurus Ariana Grande itu dikatakan sering membuli Swift sejak sekian lama.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Braun membeli kesemua enam katalog muzik dari Big Machine Records milik Scott Borchetta yang memegang hak cipta album Swift. - Variety.com

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia