suria

Empat Fakta menarik mengenai Sara Ali Khan, anak tiri Kareena Kapoor yang sungguh jelita!

Sara Ali Khan begitu akrab dengan ibu tirinya, Kareena Kapoor.

SELAIN anaknya, Taimur Ali Khan, aktres jelita Bollywood iaitu Kareena Kapoor juga memiliki seorang anak tiri yang bernama Sara Ali Khan.

Sara Ali Khan merupakan anak kepada suami Kareena Kapoor, Saif Ali Khan.

Sebelum bernikah dengan Kareena Kapoor, Saif Ali Khan mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Amrita Singh dan memiliki dua orang anak iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim.

Kini, Sara Ali Khan menjadi perhatian ramai kerana pesona wanita jelita ini.

mStar menyenaraikan lima fakta menarik mengenai anak tiri Kareena Kapoor, Sara Ali Khan.

Sara Ali Khan merupakan keturunan diraja Nawabs dari Pataudi

Saif Ali Khan pernah berkahwin dengan Amrita Singh dan dikurniakan dua cahaya mata.

Keluarga diraja Pataudi adalah antara keluarga diraja yang paling berprofil tinggi dan popular di India.

Apabila memiliki darah campuran keluarga diraja sudah tentu raut wajah yang dimiliki gadis berusia 23 tahun ini diwarisi dari kedua-dua ibu bapa tentunya jelita selain tingkah laku yang sopan yang menarik!

Hal ini menyebabkan Sara Ali Khan antara salah seorang selebriti muda Bollywood yang menjadi perhatian ramai.

Lulusan Universiti Columbia New York

Sara Ali Khan merupakan graduan dari Universiti Columbia, New York.

Tidak bergantung hanya pada paras rupa, wanita ini juga sememangnya beauty with brain!

Sebelum memulakan karier dalam industri seni, Sara Ali Khan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Columbia di New York.

Bapanya, Saif Ali Khan sangat menitik beratkan soal pendidikan anaknya sebelum membenarkan dia menceburi bidang lakonan.

Hubungan Sara Ali Khan dengan ibu tirinya, Kareena Kapoor sangat akrab!

Sara Ali Khan sering menghabiskan masa bersama keluarga.

Meskipun pelbagai khabar angin mendakwa Kareena Kapoor sering bersikap dingin terhadap anak tirinya, namun hakikatnya Sara Ali Khan sangat akrab dengan ibu tirinya itu.

Menerusi laman Instagram Sara Ali Khan, pelakon berkenaan dilihat kerap berkongsi foto menghadiri beberapa majlis dan parti bersama.

Malah, Sara Ali Khan turut dilihat menghadiri majlis perkahwinan bapanya bersama Kareena Kapoor sebelum ini.

Bahkan pada suatu majlis sebelum ini Kareena Kapoor sering memuji penampilan malah cukup kagum dengan bakat yang dimiliki anak tirinya itu.

Sara Ali Khan seorang yang penyayang!

Sara Ali Khan meluangkan masa bersama adik tirinya, Taimur Ali Khan.

Selain cantik, ternyata Sara Ali Khan juga seorang yang cukup penyayang!

Menerusi laman Instagram miliknya, Sara Ali sering berkongsi gambar serta momen dia membahagikan masa bersama adik kandungnya iaitu Ibrahim dan juga adik tirinya, Taimur Ali Khan.

Artikel Lain