suria

Dua pasangan selebriti K-pop paling mendapat perhatian

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin sedang hangat bercinta sejak tahun lalu.

ADA di antara selebriti K-Pop yang tidak dibenarkan untuk menjalinkan hubungan cinta namun ada juga segelintir mereka yang terbuka berkongsi dengan peminatnya.

Antara pasangan kekasih yang menjadi perhatian peminat pada tahun ini ialah pelakon Lee Kwang Soo dan Lee Sun-Bin.

Manakala, hubungan cinta Kai (EXO) dan Jennie (Blackpink) mendapat perhatian apabila mereka berpisah sebaik sahaja hubungan mereka diketahui umum.

Lee Kwng Soo & Lee Sun-Bin


Kwang Soo dan Sun Bin mula rapat semenjak dipertemukan dalam program Running Man.

Ahli Running Man itu mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan berita gembira bahawa sedang hangat bercinta dengan Lee Sun-Bin pada Januari lalu.

Berita baik ini telah juga dikongsi pihak pengurusan Lee Kwang Soo, King Kong by Starship memberitahu kedua-dua bintang popular ini sedang hangat bercinta sejak lima bulan yang lalu.

Pasangan ini mula berkenalan selepas kedua-dua mereka terlibat dalam program Running Man.

Menurut sumber Soompi, kedua-dua bintang popular ini saling memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan terdekat mereka sebagai ‘pasangan bercinta’.

Kai (EXO) & Jennie (Blackpink)

Selain pasangan Lee, anggota kumpulan EXO iaitu Kai dilaporkan sedang hangat bercinta dengan Jennie Blackpink!

Kai EXO dan Jennie Blackpink dikhabarkan menjalinkan hubungan apabila gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial.

Pasangan popular ini dikhabarkan mula menjalinkan hubungan sejak 25 November yang lalu.

Foto mereka sempat dirakam jurugambar bebas.

Wakil pihak pengurusan iaitu SM Entertainment turut mengesahkan pasangan ini hangat bercinta dan masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hubungan diketahui umum, mereka akhirnya memilih untuk berpisah.

Artikel Lain