suria

Kawan baik jalin hubungan dengan bekas kekasih, Katrina Kaif tak akan hadir majlis perkahwinan Alia Bhatt

UMUM mengetahui keakraban di antara aktres Bollywood, Kathrina Kaif bersama rakan baiknya yang juga merupakan seorang pelakon, iaitu Alia Bhatt.

Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi laporan TimesofIndia, Katrina Kaif membuat pengumuman mengejutkan apabila memberitahu dia tidak akan menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya itu.

Menerusi sebuah wawancara rancangan Nega Dhupia, Katrina berkata, dia lebih memilih untuk menghadiri majlis perkahwinan Arjun yang merupakan kenalannya berbanding rakan baiknya, Alia.

Alia Bhatt menjalinkan hubungan cinta dengan bekas teman lelaki Katrina Kaif, iaitu Ranbir.

"Saya anggap soalan ini sebagai pujian buat saya. Tetapi jika Alia dan Arjun berkahwin pada hari sama maka saya memilih untuk menghadiri majlis perkahwinan Arjun dan bukannya kawab baik saya yang akan berkahwin dengan bekas teman lelaki saya, Ranbir.

"Ia bukan kerana dendam atau marah dengan mereka. Sebaliknya saya hanya mahu tenang dan berasa gembira untuk diri sendiri.

"Saya tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Alia dan Ranbir," katanya selepas diajuan soalan untuk memilih majlis ingin dihadirinya.

Ranbir sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Katrina Kaif sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan rakan baik Katrina, Alia Bhatt.

Katrina Kaif, Ranbir, Alia Bhatt

Artikel Lain