suria

Akhirnya teka-teki terjawab, Robert Pattinson hero 'The Batman'

Robert Pattinson memainkan watak utama dalam filem baharu The Batman.

TEKI-TEKI siapakah yang bakal memainkan watak utama dalam filem adiwira The Batman terjawab apabila Robert Pattinson disahkan memegang peranan tersebut.

Menurut laporan Variety, setelah melalui beberapa saringan pemilihan pelakon, akhirnya Warner Bros bersetuju dengan pemilihan Robert sebagai hero dalam filem berkenaan.

Difahamkan Warner Bros dan DC kini sedang mempersiapkan proses pra produksi yang dijangka akan bermula pada musim panas tahun ini.

Namun tarikh penggambaran masih belum diumumkan.

Sebelum ini, heboh perkhabaran kononnya Robert sedang berunding untuk memainkan watak utama dalam The Batman yang dijangka ditayangkan pada 25 Jun 2021.

Bagaimanapun, Robert Pattinson mahupun Warner Bros enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan spekulasi itu.

Dalam pada itu, Warner Bros memberikan pengarahnya Reeves masa yang panjang untuk menyiapkan skrip dan berharap ikon DC yang terbaharu ini tidak mengecewakan seperti Batman vs Superman dan Justice League.

Sumber dalaman memberitahu penggambaran akan bermula pada penghujung 2019 atau awal 2020.

Pattinson mempunyai empat filem pada pembukaan tahun ini iaitu High Life, The Lighthouse, The King dan Waiting for the Barbarians.

SUMBER: Variety

Robert Pattinson, The Batman

Artikel Lain